Sambutan Kemerdekaan Peringkat Maahad Penuh Semangat Patriotik
28 Ogos — Sambutan Kemerdekaan kali ke-68 peringkat Maahad telah berlangsung dengan penuh meriah dan semangat patriotik di Mabna Syeikh Ni’amat Yusuf. Acara yang diadakan pada hari Khamis itu telah menghimpunkan warga Raudhatul Atfal (Taski), Marhalah Ibtidaiyyah dan Marhalah Thanawiyah dalam satu majlis yang sarat dengan nilai sejarah dan kecintaan terhadap tanah air.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan, termasuk persembahan Sajak, Nasyid, Qasidah, Kalam jamaie & Bercerita.






Views: 17