Sambutan Dari Mudir Maahad Tarbiah Islamiah Derang

Selamat datang ke laman Web Rasmi Maahad Derang. Laman web ini dibangunkan adalah bertujuan untuk memudahkah capai pengunjung ke Web ini agar sentiasa mendapatkan maklumat rasmi dari Maahad Dearng. Segala maklumat yang diterbirkan di dalam laman web ini adalah Rasmi hasil daripada perbincangan pelbagai pihak.

Web ini juga dibangunkan adalah bertujuan untuk memberi gambaran sebenar proses pendidikan dan pembelajaran yang berjalan di Maahad Derang. Maahad Derang juga menyediakan pelbagai fasiliti pembelajaran yang boleh diguna dan dimanfaatkan oleh pelajar. Segala kemudahan ini adalah berujuan untuk memudahkan dan membuatkan pelajar lebih selesa untuk menimba Ilmu di sini.

Pelbagai aktiviti pelajar, pencapaian pelajar, berita dan sebagainya juga akan dimuatkan di laman web ini agar pengunjung dapat melihat segala aktiviti yang dijalankan di Maahad ini dari semasa ke semasa.

Kami juga mengharapkan dengan adanya laman web ini, pengunjung dapat mengetahui perkembang dan mengharapkan agar menjadikan Maahad Derang ini sebagai Pilihan Pusat Pendidikan Anak-anak anda pada masa akan datang.

Sekian dari kami

Melahirkan GenerasiUlama

( Ustaz Abu Khair Bin Ayub )