MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TVET TAHFIZ Majlis Penyampaian Sijil TVET Tahfiz telah berlangsung dengan jayanya di Maahad Tarbiah Islamiyah, Pokok Sena. Program ini dianjurkan dengan kerjasama GIAT MARA Pokok Sena bagi meraikan pelajar-pelajar tahfiz yang telah menamatkan latihan kemahiran TVET.
Majlis berkenaan turut dihadiri oleh para tenaga pengajar, pelajar, dan wakil daripada GIAT MARA. Usaha ini merupakan langkah penting dalam memperkasakan pelajar tahfiz dengan kemahiran teknikal serta keusahawanan bagi memperluas peluang kerjaya dan kebolehupayaan diri dalam pelbagai bidang.
Views: 46