Masjid merupakan tempat beribadah dan juga tempat menimba ilmu selain di kelas. Masjid di Maahad Derang merupakan satu fasiliti yang terdapat di semua marhalah kecuali Taski.
Di Masjid ini, pelajar-pelajar dapat menjalankan aktiviti kerohanian, ibadah, ulang kaji pelajaran, solat, zikir dan sebagainya.
Masjid Utama Ialah Masjid An Niamah, selain pelajar, Penduduk kampung juga akan solat berjemaah di sini. Di masjid An Niamah ini juga diadakan pengajian Umumi iaitu setiap hari Isnin malam Selasa.
Manakala di Bahagian Banat juga terdapat sebuah Masjid untuk kegunaan beribadah, mengulangkaji pelajaran dan sebainya. Masjid ini berada di dalam kawasan Banat dan lelaki tidak dibenarkan untuk beribadah didalamnya.
Di Athfal juga terdapat sebuah surau yang akan digunakan untuk pelajar Athfal. Sama seperti masjid yang lain, kegunaan di masjid ini juga adalah untuk menjalankan aktiviti ibadah, majlis-majis ilmiah, dan sebagainya