5 Tips Belajar Last Minutes

“Alamak, macam mana ni? Study tak habis semua bab lagi..Esok nak exam dah ni..Banyak lagi nak study tapi macam tak sempat je nak ‘cover’ semua bab untuk exam ni..”

Memang gelabahlah kalau tak sempat ‘cover’ semua bab untuk masuk exam kan. Kalau tak sempat baca semua, tak boleh jawab pulakk nanti macam mana!!

Jom saya nak kongsikan 5 tips belajar last minutes:

Membaca semula nota

Malam sebelum peperiksaan bukanlah masa yang sesuai untuk kita khatam satu buku teks. Masa yang tinggal sebelum waktu peperiksaan dah tak banyak. Jadi pada masa ini, lebih baik kita semak semula nota yang kita dah buat sebelum ini atau nota yang diberikan oleh cikgu..Haa..Kebanyakan nota ada point-point yang penting sahaja..jadi lebih mudah untuk kita ingat daripada baca semula kandungan buku teks.

Highlight isi penting

Sambil membaca nota tu, gunakan pen yang berwarna-warni dan hightlightkan point penting sahaja..Kita juga boleh buat nota kecil dengan mencatat point-point tersebut. Tulis semula isi-isi yang kita rasa penting. Kadang-kadang, kita jadi mudah ingat apa yang kita tulis tau. Kenapa kita kena buat nota kecil? Pertama, mudah untuk kita menghafal dan kedua, nota ini juga mudah untuk dibawa. Haa sambil2 jalan nak pergi exam tu..boleh sambil-sambil hafal nota kecil itu.

Baca sepintas lalu

Yang ini mesti ramai yang buat..Kita boleh membaca sepintas lalu bab-bab yang telah dipelajari..Baca sepintas lalu dapat membantu kita ingat balik akan apa yang telah dipelajari dan juga kita dapat tahu sama ada kita benar-benar dah menguasai sesuatu topik itu ataupun belum..Bila tengah baca tu ,ehh rasa yang ni dah baca tapi tak ingat lagi, eh yang ni belum baca lagi ni..

Tips menghafal

Kita juga boleh menggunakan teknik menghafal untuk hafal isi-isi penting..Hafal isi-isi penting dengan cara yang kita mudah ingat. Misalnya, kita boleh gunakan akronim, dalam bentuk lirik lagu dan lain-lain lagi..Yang penting kita boleh ingat setiap isi penting tersebut semasa dalam dewan peperiksaan nanti.

Berdoa

Perbanyakkan berdoa supaya dipermudahkan urusan dan hati sentiasa tenang untuk menjawab soalan peperiksaan. Bila kita dah berusaha sehabis baik, maka perbanyakkan doa dan bertawakal kemudian dapatkan rehat yang secukupnya untuk peperiksaan.

Kalau ada ibu ayah yang nak bantu anak belajar, Kami di NakTutor.Com boleh bantu ibu ayah dapatkan personal tutor untuk membantu pantau anak ibu ayah yang akan hadapi peperiksaan..

SEMOGA CORETAN INI BERMANFAAT UNTUK KITA SEMUA

naktutor.com

Artikel & Berita Maahad