Makanan Untuk otak Power

MAKANAN UNTUK OTAK POWER
.
OTAK POWER merangkumi otak atau minda yang sihat – keupayaan proses komunikasi, proses pembelajaran, keupayaan fokus dan menyimpan memori dan lain lain fungsi.
.
Sebenarnya amalan gaya hidup yang sihat serta pemakanan yang seimbang dapat meningkatkan fungsi otak.
.
Antara makanan yang boleh ditambah dalam makanan harian anda untuk meningkatkan fungsi otak:

COKLAT HITAM
.
Coklat yang mempunyai kandungan koko 70-100% merupakan coklat yang terbaik. Ia kaya dengan antioksida. Ia juga mempunyai perangsang semulajadi termasuk kafein. Kafein membantu anda untuk lebih power iaitu lebih fokus.
.

KOPI
.
Dua komponen utama KOPI, kafein dan antioksida. Kafein akan memberikan impak yang positif seperti meningkatkan fokus, alert dan membaiki mood. Kopi juga dapat elakkan dari penyakit kemurungan.
.

SOYA
.
Kajian telah menghubungkaitkan antara polifenol (antioksidan) mengurangkan risiko penyakit nyanyuk dan kebolehan kognitif yang lebih baik dalam proses penuaan.
.

BIJIRIN PENUH
.
Sumber bijirin penuh seperti oat, beras perang, roti penuh serat. Kandungan serat mempunyai tambahan vitamin E dan omega 3. Ia membantu melancarkan pengaliran darah kepada organ otak.
.

TEH HIJAU
.
Kafein di dalam teh hijau meningkatkan fungsi otak. Meningkatkan kewaspadaan, prestasi, ingatan dan tumpuan.
.

MINYAK ZAITUN “EXTRA VIRGIN”
.
Minyak Zaitun extra virgin terbukti sebagai lemak sihat, tinggi kandungan lemak asid omega 9 serta antioksida. Ia meningkatkan fungsi memori, keupayaan proses pembelajaran serta mengurangkan risiko penyakit alzheimer atau nyanyuk pada usia tua.

KEKACANG
.
Kekacang mempunyai tinggi khasiat Vitamin E, ia membantu menurunkan risiko penyakit kognitif atau otak anda. Sumber kekacang seperti kacang badam, gajus, kacang tanah dll.
.
IKAN SALMON (WILD)
.
Ikan salmon mempunyai kandungan lemak asid omega 3 memenuhi keperluan minda. Selain ikan salmon, ikan sardin dan ikan kembung juga tinggi kandungan lemak acid omega 3. Anda disarankan untuk mengambil ikan 2-3 kali hidangan seminggu. Lemak ikan sangat baik untuk kesihatan minda.

Sumber:
1. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21955812
2. https://www.medicalnewstoday.com/articles/324044.php
3. https://www.healthline.com/nutrition/11-brain-foods
4. https://www.sciencedaily.com/rel…/2017/06/170621103123.htm

Artikel & Berita Maahad