Peringkat pengajian di Maahad Tarbiyah Islamiyah ini terbahagi kepada empat bahagian berdasarkan kepada umur yang munasabah (seboleh mungkin). Berikut adalah pembahagian tersebut :-

RAUDHATUL ATHFAL

 

Marhalah Raudhatul Athfal (Peringkat Taski)

 

Peringkat ini memakan masa 3 tahun yang bermula dari umur 4 – 6 tahun.

 

Di marhalah ini, pelajar diterapkan dengan asas-asas bacaan Qiraati, Bacalah Anakku, doa-doa harian dan hafalan surah-surah pilihan.

 

Pelajar yang menduduki pengajian di marhalah ini akan diterapkan ke Darjah 1 di Marhalah Ibtidaiyah setelah tamat belajar di marhalah ini.

IMG_0127
IMG_0107

MARHALAH IBTIDAIYAH

 

Marhalah Ibtidaiyah (Peringkat Rendah)

Peringkat ini memakan masa 6 tahun yang dimulakan pengajiannya dari umur 7 tahun hingga 12 tahun. Di dalam marhalah ini ia menekankan ke arah kecekapan membaca (mentilawah) Al-Qur’an dengan segala disiplin dan tuntutannya, menulis, membaca, mengira dan menghafal dalam Bahasa Arab, Bahasa Kebangsaan, serta sedikit tambahan dalam Bahasa Inggeris.

Latihan amali di peringkat asas adalah dipentingkan.

 

 

 

 

 

MARHALAH THANAWIAH

 

Marhalah Thanawiyah (Peringkat Menengah)

 

Peringkat ini memakan masa selama 6 tahun yang disesuaikan dengan umur di antara 13 ingga 18 tahun. Pengajian di peringkat ini menekankan pembelajaran Ilmu-ilmu Alat (nahu/tatabahasa dan seumpamanya) peringkat asas serta Fardu Ain, di samping meneruskan didikan membaca, menulis, mengira dan menghafal.

 

 

Latihan-latihan berdikari akan di tanam menerusi latihan-latihan keterampilan seperti berternak, bertani, bertukang, berniaga dan seumpamanya. Pengajian menerusi kitab-kitab tradisional mula diperkenalkan di samping melanjutkan peranan “tadib” (latihan amali dan riadah) yang berjalan dalam peringkat rendah dahulu